assalamualikum saudaraku muslim diseluruh dunia

>aku adalah aku jika aku diketahui kamu maka aku bukan aku siapakah aku ASSALAMUALAIKUM KAUM MUSLIMIN WAL MUSLIMAT ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA TIADA LAIN TIADA BUKAN HANYA UNTUK MENGENAL ALLAHSELAMAT DATANG DI MY BLOG JANGAN LUPA DIBACA,DIPAHAMI,DIKAJI DAN LIKE YA!!!!MISS ALLAH & MUHAMMAD
KULLU NAFSIN ZAIKATULMAUTingat dunia hanya sementara

silak te pade berajah lek de side allah

Friday 25 October 2013

AYO TAFAKUR


Ayo TAFAKUR ,,!

Bertafakur mengingatiNya akan membuatkan
sufi sentiasa hadir bersamaNya dalam
kehidupan seharian, kerana apabila disebut
namaNya maka hadirlah Dia.
Tapi malangnya bagi yang lupa mengingatiNya,
Dia akan terselubung dan terlupakan dalam
kehidupan, yang kelihatan hanyalah makhluk
dan alam semesta.
Hanya dengan menutup mata dan masuk ke
dalam qalbu, dan menggabaikan makhluk dan
alam semesta barulah sufi dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya kepadaNya, inilah yang
dikatakan tafakur, tafakur sesaat yang sampai
kepada dzat (cinta) itu lebih baik daripada
tujuh puluh ribu tahun amalan sunat.
Semasa tafakur sufi dapat mengosongkan
fikiran, dan dengan itu sufi dapat merasakan
hakikat ketuhanan. Bagi sufi yang sempurna
tafakurnya mereka akan dapat merasakan
kelazatan yang tidak dapat dibayangkan oleh
akal fikiran dan tidak dapat hendak
diceritakan, kenapa tidak dapat diceritakan,
kerana tiada perkataan yang dapat
menggambarkan suasana yang hendak
dikatakan.
Suatu kelazatan yang diketahui atau dinikmati
oleh yang merasanya sahaja.
INGAT,, Kebahagiaan tidak akan dapat ditemui
oleh akal fikiran, fikiran adalah penghalang
yang memisahan sufi daripada kebahagiaan
ruhani. Oleh itu semasa tafakur amat penting
fikiran tidak lagi bergerak dan juga hati
mestilah hanya dipenuhi oleh Tuhan semesta
alam.
Fikiran berfungsi kerana adanya dualiti
contohnya siang dan malam, susah dan senang
dan sebagainya. Tetapi Kebenaran tidak ada
dualiti ia adalah kesatuan keadaan, contohnya
tiada susah dan tiada senang, tiada tua dan
tiada muda.
Ini bermakna yang mengetahui dan
pengetahuan itu adalah satu, yang melihat
dan yang dilihat adalah satu, pencinta dan
kekasih adalah satu, dan sebagainya.
Jadi tafakur adalah bertujuan untuk
menghantar sufi dari dualiti kepada uniti (di
dalam qalbu), contohnya pencinta dan yang
dicintai menjadi satu.
Tafakur sebenarnya adalah milik yang sangat
berharga bagi para sufi yang dapat
membantunya dalam pencariannya kepada
kekasih sejatinya.

Satu cara sufi dalam bertafakur adalah dengan
menggunakan tenaga cinta Ilahi yang
mendalam untuk membendung akal
fikiran.Cinta adalah dzat dari hakikat ilahi,
dan adalah kekuatan yang paling nyata bagi
seseorang sufi. Berasal dari dimensi Diri Yang
Maha Tinggi, cinta memiliki getaran yang
lebih cepat daripada fikiran dan memiliki
kemampuan untuk mengatasi fikiran.
Bagi sufi inilah apa yang dikatakan jatuh
cinta, kerana apabila cinta datang alasan pun
menghilang, fikiran tidak lagi berfungsi
kerana kekuatan cinta mengatasi yang lainya.

Dengan perkataan lain, tafakur adalah amalan
yang
menenggelamkan fikiran dan emosi sufi
dalam samudera cinta yang tak
terbatas.Untuk melakukan tafakur qalbu,
asalkan tubuh relaks kedudukan jasad tidak
begitu penting boleh duduk ataupun
berbaring.

Yang penting dalam tafakur ini adalah
membangkitkan rasa cinta iaitu dengan
mengingati Allah, segala fikiran dan emosi
yang datang selepas itu haruslah
ditenggelamkan dalam cinta itu, dan akhirnya
fikiran akan menjadi kosong atau tidak
bergerak lagi. Setelah fikiran dan hati menjadi
kosong barulah sufi dapat mendengarkanNya,
sebagaimana yang dialami Nabi Musa di
Lembah Suci Tuwa.
Dan ingatlah,, ketika sufi tiada Dia akan ada
Dalam Sufi, bila sufi bebas dari diri sendiri,
Dia akan menunjukkan Keindahannya kepada
Sufi.
Dengan mengosongkan fikiran, sufi
menciptakan ruang batin di mana sufi dapat
menjadi sadar akan kehadiran Sang Kekasih.
Dia selalu di sini tetapi fikiran, emosi, dan
dunia luar menghalang sufi daripadaNya. Dia
adalah diam yang kosong, dan untuk
mengalamiNya sufi perlu untuk menjadi diam
yang kosong pula.

Dalam tafakur sufi memulangkan dirinya
kembali kepada-Nya, dari dunia pelbagai
bentuk ke dalam “dunia lautan nan esa” yang
tak terbatas.

Semoga bermanfaat. keep istiqomah ..!

* warning : jgn main² dlm hal ni klu blm tahu kuncinya . ( jin akan masuk n memerangkap ente jika lom dibaiat oleh guru

No comments:

Post a Comment

ALLAH DAN MUHAMMAD SELALU BERIRINGAN,DIAMANA ADA MUHAMMAD DISITU ADA ALLAH